Gambar di atas adalah gambar Gunung Namrood atau Mount Nemrut.
Kira-kira 160 kilometer dari Kahta, Gunung Nemrut adalah rumah kepada bukit pemakaman Raja Antiochus I dari Kerajaan Commagene. Di atas puncaknya 2,150 meter adalah bukit buatan manusia buatan setinggi 50 meter, di bawahnya terletak makam Antiochus yang dianggap tersembunyi di suatu tempat (walaupun kerja arkeologi yang luas di tapak itu, makam sebenarnya tidak pernah dijumpai)
Ada kaitan kisah tentang Mount Nemrut yang dibina sewaktu Tamadun Mesopotamia dengan kisah Nabi Idris a.s.
Beribu tahun selepas kewafatan nabi Idris barulah iblis berjaya mencetuskan syirik yang pertama di kalangan manusia.
Selepas zaman nabi Idris, wujud 5 orang alim yang sentiasa mengajak manusia kepada kebaikan. Nama mereka ada disebut di dalam al-Quran. Syaitan memulakan kerjanya selepas kelima-lima orang alim tersebut meninggal.
Syaitan menghasut manusia untuk memperingati 5 orang alim tadi dengan membuat patung batu dan menamakan setiap patung itu dengan nama orang alim tersebut. Setiap kali manusia melihat patung tersebut mereka sangat gembira dan mengingati semula ajaran orang alim itu untuk berbuat kebaikan.
Setelah berlalunya generasi tersebut, syaitan mula menghasut manusia dengan menyatakan tujuan patung-patung itu diwujudkan. Syaitan menyifatkan bahawa nenek moyang generasi terdahulu menyembah patung-patung ini dan kebaikan mula datang dan mereka menjadi orang-orang yang baik. Oleh itu generasi baharu perlu menyembah patung tersebut untuk menjadi orang yang lebih baik.
Maka dari situ bermulalah perbuatan syirik di kalangan manusia.
RamadanTales by: Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus