Walaupun persaingan boleh menjadikan kita lebih produktif, terlalu banyak persaingan boleh merosakkan diri sendiri dan orang terdekat. Itulah sebabnya orang yang tidak mempunyai hati untuk bersaing mempunyai kelebihan dalam hidup dan lebih banyak peluang untuk berjaya. Mereka lebih fokus untuk memajukan diri sendiri.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa orang yang tidak suka bersaing lebih bermotivasi dan berjaya dalam bidang dan kehidupan mereka.
1. Mereka tidak didorong oleh ego
Orang yang suka persaingan sering melakukannya untuk memuaskan ego mereka. Sekiranya anda tidak mempunyai hati untuk bersaing, ini bermakna anda tidak mempunyai ego yang besar dan itu adalah satu kelebihan. Anda tidak akan membuang banyak masa untuk memenuhi keperluan ego anda untuk bersaing.
2. Mereka kurang tertekan
Diakui persaingan dalam kehidupan menambahkan banyak tekanan dan kekecewaan. Ini membawa pengaruh yang sangat negatif terhadap rasa diri anda dan mengambil banyak tenaga dari fizikal, fikiran dan jiwa anda.
3. Mereka kurang rasa cemburu
Sekiranya anda tidak suka persaingan, anda mungkin tidak begitu peduli dengan perkara-perkara remeh. Kekurangan rasa cemburu membolehkan anda membuat keputusan yang baik, bukan hanya untuk anda tetapi juga untuk orang lain.
4. Mereka mendoakan kejayaan pada orang lain.
Orang yang tidak obses dengan persaingan sering mahu orang lain juga berjaya. Mereka tidak keberatan berdoa semoga orang lain juga mencapai kejayaan.
5. Mereka percaya kejayaan dapat dikongsi bersama.
Persaingan selalu menjadikan kehidupan ini ibarat situasi menang-kalah. Orang yang tidak suka bersaing mempercayai senario menang-menang. Daripada bersaing dengan orang lain, mereka bekerjasama dan menggandakan peluang untuk berjaya.
6. Mereka lebih tenang
Apabila tidak perlu bersaing, tekanan akan berkurangan dan orang yang kurang stres akan lebih tenang. Mereka juga lebih sihat. Dengan meletakkan fokus untuk memperbaiki diri melebihi keinginan mengalahkan orang lain, anda akan menuju kedamaian hati yang diinginkan oleh semua orang.
Tanpa diketahui oleh kebanyakan orang, cara sebenar untuk mengisi kekosongan dalam hati mereka untuk hidup lebih bermakna adalah dengan menghilangkan persaingan dari kehidupan mereka.