CategoriesFood

CARA MASAK BUBUR LAMBUK VERSI KAMPUNG BARU

Buka puasa hari ini, kita layan bubur lambuk versi Kampung Baru yang saya ambil di internet. Alhamdulillah rasanya memuaskan, ahli keluarga pun suka.

***************************************************************

Ini resipinya:

BUBUR LAMBUK ALA KAMPUNG BARU:

✅Bahan-Bahan:

2 cawan beras (basuh dan toskan)
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging (potong kecil)
Sedikit udang kering (rendam air panas dan tumbuk lumat)

3 s/b minyak
2 helai daun pandan (basuh dan diikat simpul)
garam/gula secukup rasa
1 air cawan

✅Bahan tumisan:

1 cawan bawang goreng
4 ulas bawang putih (dimayang)
2 biji bawang besar (dimayang)
1 inci halia (dimayang dan potong jadi macam batang mancis)

✅Rempah tumis:

1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba
2 biji buah keras [ditumbuk]

✅Bahan rempah kisar (goreng kering dan mesin halus)

1 sudu kecil jintan manis (saya pakai jintan putih)
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam

✅Bahan-bahan sampingan (optional) :

2 batang carrot dipotong dadu
2 biji kentang dipotong dadu
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Bawang goreng

👩‍🍳Cara-cara memasak:

– Panaskan minyak.
– Tumis rempah yang telah dikisar tadi, bahan tumisan, rempah tumis dan daun pandan.
– Kemudian masukkan udang kering, tumis lagi.
– Kemudian masukkan daging.
– Tumis sehingga naik minyak.
– Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk.
– Masukkan beras dan tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut.
– Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu ia pecah
– Ketika ini boleh masukkan carrot dan kentang jika mahu.
– Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam/gula secukup rasa
– Bila bubur sudah tanak dan elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan tadi. Dah siap!

#CikguShah

Published by cikgushah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *