CategoriesHistory

Perihal Sihir & Mistik Alam Melayu

🍂 Antara bukti konkrit untuk menjejak perihal amalan awal sihir dan mistik Alam Melayu, ia ada terakam dalam serangkaian batu bersurat yang berasal dari abad ketujuh milik Kerajaan Srivijaya, sebuah empayar utama orang Melayu yang berpusat di beberapa pusat pemerintahan seperti Palembang, Kedah dan sebagainya yang mana empayar ini telah menguasai Selat Melaka antara abad ke-7 dan abad ke-13 Masihi.

🍂 Yang paling penting ialah Prasasti Telaga Batu yang dihiasi dengan tujuh kepala nāga yang digunakan oleh orang-orang Sriwijaya untuk bersumpah setia kepada pemerintah mereka, ditulis dalam bahasa Melayu Kuno menggunakan tulisan Pallava, ditugaskan oleh seorang raja bernama Śrī Jayanāśa (atau Jayanāga).

🍂 Teks pada batu bersurat ini agak panjang, bagaimanapun isi kandungan utamanya hanya berkisar tentang sumpahan-sumpahan ke atas sesiapa yang menderhaka kepada kedatuan Srivijaya atau melanggar perintah dātu.

🍂 Menurut J.G. de Casparis, seorang pengkaji sejarah; jenis-jenis orang, pekerjaan atau pangkat kedudukan yang disebut dalam batu bersurat ini dikategorikan sebagai berpotensi membawa bahaya dan berkemungkinan memberontak terhadap ketuanan Srivijaya.

🍂 Bagi mencegah sebarang cubaan menderhaka, pemerintah Srivijaya mewajibkan mereka ini menyatakan kesetiaan, dengan ancaman akan disumpah jika tidak berbuat demikian.

Rujuk : Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM Bab 1

🍂 ‘Kutukan’ yang bermaksud amaran kepada senarai-senarai pemegang jawatan tertinggi negara supaya patuh kepada ketua negara.

🍂 “kamu vanyakmamu, rājaputra, prostara, bhūpati, senāpati, nāyaka, pratyaya, hāji pratyaya, dandanayaka, ….murddhaka,tuhā an vatak, vuruh, addhyāksi nījavarna, vāsīkarana, kumaramatya, cātabhata, adhikarana, karmma…., kāyastha, sthāpaka, puhāvam, vaniyāga, pratisara, kamu marsī hāji, hulun hāji, wanyakmamu urang, niwunuh sumpah dari mangmang kamu kadaci tida bhakti di aku”.

🍂 “You all: the son of kings, ministers, regents, commanders, lords, nobles, viceroys, judges, …. murddhaka, chairman of the workers, supervisors, commoners, weapons experts, ministers, soldiers, construction workers, karmma … , clerk, architect, skippers, merchants, captains, ye king’s servants, king’s slaves, all people, will be killed by the spells of your oath if you are not loyal to me. “

🍂 Kepala Naga adalah haiwan tanda/lambang kekuasan yang mengawal pintu syurga buat Sang Hyang Dapunta Sri Jayanasa sebagai ketua Kerajaan sebagai titisan dewa di dunia. Untuk selamat mereka wajib patuh.

🍂 Ritual air yang disiram dari atas akan turun membasahi ‘kutukan’ tersebut dan akan berkumpul di bawah hujung batu dan akan diminum oleh semua pegawai tinggi kerajaan Srivijaya sebagai tanda ikrar sumpah setia kepada Sang Hyang Dapunta.

🍂 Ritual ini dianggap sebagai resipi utama kerajaan Srivijaya dalam membina kerajaan unggul Melayu Tua di masa lalu.

[Forwarded from CHEQGHU CHANNEL]

Published by cikgushah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *