CategoriesInspiration

Kisah Gerobok Rezeki SMK Setia Alam

Zaman saya kecil dulu, kehidupan kami sekeluarga amat susah. Diklasifikasikan sebagai miskin bandar, kedua-dua ibubapa saya perlu buat part-time untuk mencukupkan duit belanja bulanan.

Abah part-time pandu teksi, mak pula berniaga makanan. Bantuan demi kelangsungan hidup juga amat sukar untuk didapati. Ketika itu tiada inovasi sosial seperti Gerobok Rezeki untuk membantu orang seperti kami. Susah macam mana pun, hang hadaplah sendiri, hang usahalah sendiri.

Sampai ada satu waktu di mana gaji masuk lagi seminggu tetapi makanan di rumah sudah habis. Ketika itu saya darjah tiga, kalau tak salah saya. Tahun 1987. Kami keputusan bekalan. Nasib baik mak saya panjang akalnya; beliau meminta betik separuh masak atas pokok betik yang ditanam oleh jiran. Mak buat lauk betik masak lemak, letak segenggam ikan bilis. Beras beli timbang kilo. Kami makan lauk itu sehingga mak abah dapat gaji.

Atas sebab itu, mak mula berniaga nasi lemak, bihun goreng dan kuih-muih. Mula-mula mak bawa pergi pejabat mak, lama-kelamaan mak letak di warung dekat bus stop Kelana Jaya. Adalah juga duit tambahan menampung gaji. Mak simpan duit itu sikit demi sikit sehinggalah 3 tahun selepas itu (tahun 1990), mak beli kereta Ford Cortina secara cash RM4000. Itulah kereta pertama kami. 😊

Saya pernah susah. Saya faham sangat apa perasaan ketika bekalan makanan terputus sedangkan anak-anak perlu makan.

Thanks to Gerobok Rezeki, inovasi sosial oleh sahabat saya, Tuan Mohammad Nizam Wahid, keluarga di bawah ini tidak perlu melalui saat-saat sukar keputusan bekalan makanan di rumah.

Jom kita sebarluaskan Gerobok Rezeki ini ke sekolah-sekolah dan institusi pendidikan seluruh Malaysia. ❤️

#CikguShah

#GuruKebajikan

#GerobokRezeki

#Humanity

Published by cikgushah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *