CategoriesTravel

WOW! 5 FAKTA MENARIK TENTANG FAROE ISLANDS

Siapa sangka, terdapat sebuah pulau di Lautan Atlantik Utara yang dikatakan bebas dari serangga dan nyamuk. Bukan setakat itu saja, malah pulau ini juga dikatakan dihuni lebih banyak biri-biri berbanding manusia. Pulau yang menyimpan banyak keindahan dan keunikan ini dikenali dengan nama Faroe Islands atau Kepulauan Faroe.

Nampak cantik dan mendamaikan pekan di Faroe Islands ini, kan?

Faroe membawa maksud “Isle of sheep” disebabkan kewujudan biri-biri lebih banyak daripada manusia. Oleh kerana Faroe Islands ini terletak di tengah-tengah Lautan Atlantik Utara, cuaca sejuk berangin menyebabkan pulau ini bebas nyamuk dan serangga lain.

Faroe Islands terletak di antara Iceland, United Kingdom dan Norway, di tengah-tengah Lautan Atlantik Utara. Faroe Islands ini terdiri daripada 18 gugusan pulau pergunungan kecil yang mempunyai gunung berapi dengan luas daratan sebesar 1399 kilometer persegi manakala luas merangkumi lautan adalah 274 000 kilometer persegi.

Lokasi Faroe Islands

Faroe Islands merupakan wilayah autonomi di bawah pemerintahan kerajaan Denmark. Pada tahun 2017, Faroe Islands merupakan destinasi percutian paling popular di kalangan warga Scandinavia.

Rumah-rumah di Faroe Islands sememangnya cantik dan unik.

Berikut adalah 5 fakta menarik mengenai Faroe Islands:

  • Merupakan satu-satunya kawasan bebas nyamuk. Ini kerana nyamuk berkembang biak di kawasan panas lembap, bukan di kawasan yang sejuk kering dan berangin seperti di Faroe Islands.
  • Faroe Islands mempunyai ibu kota terkecil di dunia iaitu Bandar Thorshavn. Bandar ini dihuni seramai sekitar 20 ribu orang sahaja. Populasi keseluruhan Faroe Islands di kesemua 18 pulau pergunungannya adalah sekitar 50 ribu orang.
  • Dinamakan Faroe Islands sempena bahasa Icelandic yang membawa maksud biri-biri. Nama ini muncul kerana dikatakan ketika pulau ini ditemui manusia, penghuninya cumalah biri-biri dan burung.
  • Faroe Islands yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Denmark memiliki bahasa mereka sendiri iaitu Bahasa Faroese. Bahasa Faroese juga digunakan di beberapa negara Scandinavia yang lain iaitu Iceland, Norway, Denmark dan Sweden. Terdapat sekitar 75 hingga 80 ribu orang yang boleh bertutur Bahasa Faroese.
  • Populasi penduduk wanita di Faroe Islands adalah kecil berbanding bilangan penduduk lelaki. Ini kerana kebanyakan wanita dari pulau ini memilih untuk keluar dari pulau ini untuk belajar dan bekerja.

Sumber: Wikipedia, website visitfaroeislands.com

Published by cikgushah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *