CategoriesInspiration

OVERTHINKING

Satu kesilapan yang ramai orang selalu buat, termasuklah saya sendiri, adalah “overthinking” atau terlebih fikir. 

Contoh, kita rasa kawan kita marah dengan kita, jadi kita pun takut nak bercakap dengan dia lantas jauhkan diri.

Kita rasa bos kita benci kita, walhal tak.

Kita nak luahkan sesuatu pada orang, tapi kita takut dia beri reaksi yang negatif dan memalukan kita.

Kita rasa takda orang sayang kita, walhal orang sekeliling suka dan sayang kita, tapi takdalah diaorang nak bagitahu kita sepanjang masa.

Kita rasa rasa susah sangat nak buat sesuatu tu, walhal lepas buat, ohhh senang je rupanya.

Saya ada seorang rakan yang bijak, lulusan luar negara CGPA bagus, dan bersama, kami ada mengambil satu kursus persijilan ni, tapi separuh jalan dia berhenti. Bila saya tanya kenapa, dia jawab susah sangat. Walhal kami yang biasa-biasa ni, relax – relax sahaja, gelak-gelak je dah lulus kursus berkenaan. Kami pun pelik kenapa dia berhenti, bila tanya lagi, rupanya dia yang rasa benda tu complicated, dan bila dia buat semula, dia pun akui lahh mudah sahaja rupanya.

Dan lebih teruk lagi, overthinking ini kadang-kadang menghilangkan peluang. Ada masa, peluang ada di depan mata. Tapi kita jadi doubtful dan akhirnya tak ambil peluang berkenaan. Saya ingat lagi ada juga rakan saya yang berminat jadi pengacara TV, tapi bila diberi ruang audition, tidak pergi, sebab takut terbuat silap dan malu. Walhal kalau buat silap pun, tiada siapa yang akan gelakkan anda. Semua orang faham cakap depan kamera memang nervous, orang dah biasa pun nervous, apatah lagi first timer.

Memang baik untuk memikirkan sesuatu dengan mendalam dan menghasilkan perancangan dan juga back up – back up plan yang ada sekiranya plan A gagal.

Tetapi overthinking pula adalah berfikir sesuatu luar kawalan kita, dan ianya menghalang kita dari buat sesuatu itu.

Overthinking ini kadang-kadang akan buat kita hidup dalam ketakutan, cemas dan was-was.

Jadi stop overthinking, tawakkal pada Allah, just do it, and enjoy life. Pada masa sama, kita bersedia dengan kemungkinan yang ada. Hadap saja dan doa pada Allah. If it is meant to be, it is meant to be. If it is not, perancangan Allah adalah yang sebaiknya.

Kredit: penulis asal.

Published by cikgushah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *