CategoriesHistoryTravel

ASAL USUL NAMA KUANTAN

“Mama, apa nama menara tu?”

Melepasi kawasan pembinaan menara seperti gambar di bawah, barulah kami tahu yang nama menara ini ialah Menara Teruntum.

“Why is almost every building here has the word “Teruntum”? Kompleks Teruntum, Serambi Teruntum, Laman Teruntum and now Menara Teruntum,” Yaya asked.

Let’s Google the meaning of the word, I told my kids. So off they Googled and we found out that Teruntum is the old name for Kuantan.

“Ohhhhhh…” So here’s the history behind the old name for Kuantan which is TERUNTUM.

***********************************************************************

Kira-kira seratus tahun dahulu, ada seorang ahli tasauf berketurunan Arab yang berkampung halaman di Daik, Indonesia. Orang itu bernama Syed Abdul Rahman Syed Abdul Samad.

Suatu ketika beliau mengetuai sepasukan pejuang Islam menuju ke Pattani di selatan Siam. Syed Abdul Rahman pergi ke Pattani untuk membantu ayahnya menentang tentera Siam. Ketika itu ayahnya memimpin sepasukan pejuang pembebasan di sana.

Walaubagaimanapun, cita-cita Syed Abdul Rahman hendak membantu pejuang Islam di Pattani itu gagal. Pasukannya kekurangan anggota serta senjata. Lantaran itu, Syed Abdul Rahman diminta berpatah balik ke Daik. Seorang warisnya dari negeri Siam yang bernama Haji Senik Abdul Karim telah ditugaskan menghantar pasukan Syed Abdul Rahman pulang ke Daik.

Akan tetapi, apabila sampai ke Johor rombongan Haji Senik diarah berpatah balik ke Pattani kerana orang Johor sanggup menyambung tugas ulama itu pulang ke Daik. Dalam perjalanan balik dari Johor, rombongan Haji Senik singgah dan berkampung di satu kawasan yang diberi nama Teruntum.

Menurut cerita, nama Teruntum berasal daripada ‘teratai sekuntum’. (Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada bunga ‘teruntum’). Nama itu diberi kerana ketika rombongan Haji Senik sampai, terdapat sekuntum teratai yang mekar indah di situ.

Teruntum adalah nama lama bandar Kuantan yang sekarang menjadi ibu negeri Pahang.

P/S: Catatan ini dibuat pada tahun 2019

#CikguShah #Kuantan #Teruntum

Published by cikgushah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *