Sebenarnya ada banyak versi resipi daging dendeng. Saya tidak pernah merasa masakan ini, sehinggalah saya berkahwin dengan suami saya, seorang anak kelahiran Padang Rengas, Perak. Arwah ibu mertua saya yang saya panggil Wan pula berasal dari Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ini resipi asal dari arwah Wan.
Jom tengok cara-caranya.
RESIPI DAGING DENDENG SIMPLE DAN SEDAP
✅Bahan bahan:
1 kg daging
5-6 sudu besar cili kisar – ikut kesesuaian.
Kicap lemak manis.
Lada hitam, ditumbuk.
Jintan manis sikit.
Garam secukup rasa.
Gula secukupnya.
✅Bahan Kisar:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
✅Cara cara:
1. Daging dipotong dua atau tiga ketul. Rebus daging dalam 30 minit. Bila sejuk, hiris nipis-nipis. Saya tak ketuk kerana saya malas. Hahaha eh dah kenapa ketawa.
2. Perap daging dengan kicap, lada hitam yang ditumbuk, jintan manis sikit. Leave it for 30 mins.
3. Panaskan minyak dan goreng daging tadi. Goreng daging seketika hingga agak perang sikit. Semasa goreng daging, kena sentiasa jaga api takut hangus. Angkat dan ketepikan.
4. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang kisar hingga wangi.
5. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak dan garing serta pecah minyak.
6. Lepas tu masukkan sedikit air rebusan daging, kicap dan garam serta gula, jika perlu.
7. Setelah pecah minyak, masukkan daging yang siap digoreng. Kacau sampai sebati. Dan kecilkan api, biar mereneh lama hingga kering sikit. Kalau terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan daging.
Nota:
❤️ Sedap makan dengan nasi putih panas-panas, roti, nasi impit, ketupat, pulut kuning.
Selamat mencuba!