CategoriesInspirationEducation

KISAH UCAPAN HARI GURU YANG MENYENTUH HATI

Dalam banyaknya ucapan Hari Guru yang saya terima saban tahun sejak 2002, ucapan yang saya terima pada tahun 2016 ini adalah ucapan Hari Guru yang menyentuh hati saya. Kepada bekas pelajar ini, biar pun laluan hidup anda bukan lagi mengikut susur yang dilalui kebanyakan remaja sebaya, saya sentiasa doakan kehidupan anda bahagia dan dipermudahkan Allah SWT.

Ucapan ini adalah ucapan Hari Guru yang paling menyentuh hati saya

Buat semua pelajar dan bekas pelajar saya, terima kasih atas kenangan dan pengalaman kita bersama. Anda semua mendidik saya supaya terus berusaha menjadi pendidik terbaik. Terima kasih juga kepada semua ibubapa pelajar-pelajar saya atas kepercayaan dan sokongan. 🙏❤️

Buat semua guru dan pensyarah yang pernah mendidik saya, terima kasih banyak-banyak atas segala ilmu yang diberi. Jasa kalian tak mampu saya balas. 🙏❤️

Buat semua rakan guru, Selamat Hari Guru saya ucapkan. Tak perlu kisahkan apa tohmahan orang terhadap kerjaya kita, kita buat kerja kita sebaik mungkin. Let our work speaks for us. 💪

#CikguShah
#SelamatHariGuru

Published by cikgushah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *