CategoriesLifestyleFood

Khasiat Dan Kegunaan Daun Pandan Yang Kita Tak Tahu

Daun pandan banyak gunanya.

Ada banyak khasiat dan kegunaan daun pandan sebenarnya. Pernah terfikir tak, kenapa nenek moyang kita dulu wajib tanam pokok pandan di laman?

Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lainnya, rupanya pandan ini banyak khasiat kepada kesihatan.


Berikut adalah 9 khasiat dan kegunaan pandan kepada kesihatan:

1. Menurunkan darah tinggi. Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.


2. Matikan kuman dalam darah. Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.


3. Melembutkan daging. Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.


4. Makanan tidak cepat basi. Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.


5. Melicinkan kulit. Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.


6. Pewangi alami. Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.


7. Pewarna asli. Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.


8. Mengecutkan rahim. Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

9. Buang angin dalam badan. Rebus 5-6 helai daun pandan bersama halba dan hirisan halia sehingga air rebusan tinggal secawan. Sejukkan dan minum sebelum malam.

Published by cikgushah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *