CategoriesHistory

SEJARAH ALAM MELAYU TINGKATAN 2


Khas buat pelajar-pelajar tingkatan 1 yang bakal belajar Sejarah tingkatan 2 tahun depan. Atau pelajar tingkatan 2 tahun ini yang masih belum master Sejarah tingkatan 2.

(Ini adalah posting ulangtayang ya).

Sebelum ini saya pernah share ringkasan syllabus untuk Sejarah tingkatan 2.

Kemudian saya share kaedah untuk mudah faham dan mudah hafal Bab 1-4 menggunakan nota peta minda di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221029477147405&id=1256803303

.

Mari kita lihat semula ringkasan untuk Bab 1 sehingga Bab 4, seperti di bawah:

Bab 1: Pengenalan kepada Alam Melayu
a. Konsep Alam Melayu (keyword: serumpun)
b. 7 kerajaan Alam Melayu yang masyhur
c. Kerajaan Alam Melayu & kerajaan luar yg sezaman (abad 1, 9 dan 14)

Bab 2: Sistem pemerintahan & Kegiatan ekonomi masyarakat kerajaan Alam Melayu
a. Sistem pemerintahan
b. Kegiatan ekonomi (pertanian, perdagangan, perlombongan dan pembuatan)

Bab 3: Sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu
a. Bahasa & tulisan
b. Persuratan (karya sastera awal)
c. Seni bina (candi, pembinaan kapal & sistem pengairan)
d. Struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu

Bab 4: Agama, kepercayaan dan keunikan warisan kerajaan Alam Melayu
a. Kepercayaan (animisme & dinamisme)
b. Agama (Hindu -> Buddha -> Islam)
c. 4 ciri unik warisan kerajaan Alam Melayu

Untuk pengetahuan semua, ada banyak kerajaan Alam Melayu purba. Tetapi yang diberi tumpuan dalam syllabus tingkatan 2 ini hanyalah 7 kerajaan iaitu:

  1. Funan
  2. Champa
  3. Angkor
  4. Srivijaya
  5. Majapahit
  6. Kedah Tua
  7. Gangga Nagara

So Bab 1 sampai Bab 4 are all about those 7 kerajaan Alam Melayu. 😊

Satu kemahiran penting dalam mempelajari Sejarah ialah kemahiran melakar dan membaca peta. Percaya tak, masih ada pelajar-pelajar even the ones from kelas depan yang tidak tahu lukis peta Malaysia, lokasi negeri-negeri di Malaysia dan di mana Selat Melaka, Selat Sunda dan Selat Tebrau. Tak percaya? Cuba tanya anak masing-masing.

Ketahuilah, bahawa pengetahuan am anak-anak kita masih lemah. So sementara masih cuti ni, saya cadangkan ibubapa untuk minta anak-anak praktis lukis peta Malaysia dan peta Asia Tenggara.

Untuk memahami Alam Melayu dengan lebih berkesan, para pelajar wajib tahu dan boleh melakar peta Alam Melayu (Asia Tenggara) dengan baik dan boleh mengenalpasti lokasi setiap pusat kerajaan Alam Melayu yang mereka perlu tahu iaitu kerajaan Funan, Champa, Angkor, Srivijaya, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara.

P/S:

Sambungan nota bab 4 subtopik 4.2 boleh didapati di link ini ya —->

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221062935623846&id=1256803303

Published by cikgushah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *