CategoriesFiction

Game & Watch (bahagian 2)

Sambungan kisah scam Game & Watch (tahun 1982).

Rujuk:https://www.facebook.com/shahzalina.ghazali/posts/10225012852329295

Ramai orang pakat nak tahu apa jadi kat Leman selepas dia kantoi scam budak kampung aku (termasuklah aku huhuhuhu).

Leman ni, kalau nak cerita pasal dia memang tak habis. Anak orang kaya kat kampung kami. Bapak dia towkey balak, mak dia cikgu sekolah. Orangnya kurus kering, melengkung badannya. Muka pucat macam tak cukup zat. Tapi dialah yang paling beruntung di kalangan rakan sebaya. Semua benda latest zaman tu, semuanya dia ada. Di saat orang lain pakai basikal biasa, dia pergi sekolah naik basikal chopper. Duit belanja lebih banyak dari orang lain.

Disambungkan cerita, selepas kejadian Leman dipanggil kami di tepi padang, Leman pusing cerita. Dia berjaya buat dirinya seolah-olah mangsa keadaan. Dia tak nak pergi sekolah, menangis-nangis mengadu dengan bapak dan maknya. Kononnya ada beberapa orang budak nak pau duit dia. Apa lagi, habis kumpulan kami dipanggil ke bilik Guru Besar. Kami semua dituduh ugut Leman. Jenuh defend diri, ceritakan kisah sebenar tapi haghammm…

Dek kerana kes ini, mendapatlah seliang dari abah aku. Abah cakap, “Cukup-cukuplah minta duit dari tok dan opah. Dengan anak Cikgu Ramlah pun kamu nak mintak!”Terkedu aku tak menjawab.

Semenjak dari hari itu, aku dan kawan-kawan semua pulaukan si Leman. Apa taknya, dia yang hantu, orang lain yang kena tibai. Tapi Leman ni pandai pancing kawan sekolah dengan kekayaan dia. Kalau dia beli aiskrim Magnolia, dia akan beli tiga. Dia makan satu, dia offer kat budak lain baki dua batang aiskrim. Maka ramailah yang suka mengendeng dengan Leman, nak merasa dibelanja makan aiskrim atau coklat. Sebijik perangai scammer zaman sekarang kan. Layur duit je depan muka orang, berpusu-pusu orang dok cium tapak kaki.

Masa kami di tingkatan satu, Leman berpindah sekolah ke bandar. Tak tahu pula bandar mana, sampai sekarang tak dengar cerita tentang dia.

P/S: Seperti yang diceritakan kepada saya oleh suami saya.

Published by cikgushah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *