KESAN KETARA AKIBAT BERFIKIRAN NEGATIF
Untuk kita benar-benar berjaya merubah diri kepada fikiran positif, kita kena tahu dahulu akibat dari berfikiran negatif.
Bila kita berfikiran negatif (walaupun sedikit), kita akan ditemukan dengan pelbagai permasalahan secara tidak sengaja dan kebetulan – mengakibatkan kita kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Kita menjadi magnet segala jenis masalah!
Kesan kedua, kita akan susah untuk bermotivasi. Asyik tak bersemangat saja, rasa malas, berat tulang nak buat kerja. Walaupun ada kerja yang penting untuk diselesaikan, kita rasa macam tak nak buat lalu mendorong kita untuk bertangguh. Bila asyik bertangguh, kesan jangka masa panjang, prestasi kita akan menurun dan akan jadi orang kurang cemerlang.
Kesan ketiga, bila berfikiran negatif, masalah dalam hidup kita tak akan pernah surut, ada-ada saja masalah yang muncul. Masalah kecil membawa kepada masalah besar. Masalah besar yang melanda semakin membesar akhirnya membawa kepada permasalahan yang dua kali ganda lebih besar. Orang berfikiran negatif tak menumpu pada penyelesaian masalah, sebab tu masalahnya makin membesar, makin menambah.
Kesan keempat, fikiran negatif akan membuat kita memiliki tabiat negatif – tamak, dengki, gelojoh, panas baran, ego, gopoh dan paling ketara, PEMALAS! Sesiapapun tak suka berkawan dengan kita dan tak siapa mahu menolong kita bila kita dilanda kesusahan.
Itulah 4 kesan ketara akibat dari berfikiran negatif. Banyak lagi kesan-kesan lain, tapi 4 kesan di atas adalah yang paling kerap berlaku dalam masyarakat kita.