CategoriesEducation

HAPPY NEWS FOR ME

Received a happy news for me today. Perkara yang paling membahagiakan hati seorang guru adalah dengan mendapat berita baik seperti screenshot di dalam imej di atas.

Pelajar ini cuma belajar dengan saya melalui kelas Sejarah online percuma dan kelas berbayar setiap Sabtu untuk RBT/Sejarah. Tak pernah bertemu muka secara berdepan, semuanya secara maya sahaja. Tapi melihat pencapaian beliau dalam peperiksaan baru-baru ini cukup membuatkan saya gembira.

Sebenarnya peranan saya tak besar mana. Pelajar ini memang brilliant dan disokong sepenuhnya oleh ibubapanya. Tak hairanlah pelajar ini mampu dapat keputusan yang sangat cemerlang.

Menurut ibunya iaitu Puan Norazlin Niza, ini pertama kali Afiq mendapat markah atas 90 bagi subjek Sejarah dan RBT. I am beyond happy and proud.Bagi saya, smart students will be excellent students if they are guided correctly.

Tahniah buat Afiq Muhaimin dan keluarga!

#CikguShah

Published by cikgushah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *