CategoriesFood

RASAM CIKGU SHAH (yang marvellous hehehe)

Hari ini tak tahan rasanya nak makan rasam. Rasam bukan sebarang rasam. Ini rasam Cikgu Shah. Haaaa… gituuuu…

Rasam is some kinda Indian herbal soup. As the name suggests, rasanya masam kerana ada air asam jawa tapi ia juga berempah. Ini rasam style Cikgu Shah.

Pasal apa rasam style Cikgu Shah? Kerana rasam Cikgu Shah bukan plain rasam macam dekat restoran mamak. Rasam versi Cikgu Shah ada celery, tomatoes dan lebih pekat. Hirup ketika panas-panas, perghhhh… meleleh air hidung dengan peluh menitik-nitik 😆

BERIKUT ADALAH RESIPI RASAM CIKGU SHAH.

BAHAN-BAHANNYA:

4 biji bawang merah kecil, hiris

3 ulas bawang putih, diketuk

5 tangkai cili kering, potong 2 atau 3, cuci dan toskan

1 tangkai daun kari

2 biji tomato, belah 4 setiap 1

3/4 camca besar lada hitam, tumbuk halus

1/3 camca teh serbuk kunyit

1 camca besar pes asam jawa mix dengan 3 cawan air*(*bancuh dan kacau rata)

1/2 camca teh jintan manis

1/2 camca teh biji sawi

10 biji halba

Garam dan gula secukup rasa

Air secukupnya

Hirisan daun ketumbar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :

✅Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), tumis daun kari, halba, jintan manis, biji sawi, bawang merah kecil, bawang putih dan cili kering (toskan dan perah) hingga harum dan layu.

✅Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.

✅Tuang jus asam jawa dan tambah air secukupnya (dalam 1 liter). Kacau dan biar mendidih.

✅Masukkan lada hitam, perasakan dengan garam secukupnya.

✅Akhir sekali masukkan tomato. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

✅Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.

#CikguShah

Published by cikgushah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *